Pages

Ads 468x60px


Wednesday, June 12, 2013

Cuti Dua Minggu

harini aku nak ceritakan apa yang aku buat sepanjang cuti 2 minggu lepas. Walaupun penuh dengan HOMEWORK!!! aku tetap gembira sbab cuti...

ini anatara apa yang aku buat



1.Main game Call Of Duty Modern Warfare
2. Tengok FB
3. Balik Kampung
4. pasang gundam


itu jelah!!!!

Wednesday, April 24, 2013

Sejarah Sekolah




Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah diasaskan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Slim River. Para pelajar ini telah memulakan sidang persekolahannya pada sesi petang. Pelajar perintis seramai 210 orang ini terdiri daripada 3 kelas tingkatan satu dan 3 kelas tingkatan dua.
    Pada 16 Januari 1984, para pelajar telah berpindah ke bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM116,000.00. Bangunan kayu ini terdiri daripada 2 blok iaitu 5 buah bilik darjah, 2 buah makmal, bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.
     Bilangan guru pada ketika itu hanya 9 orang termasuk Pengetua. Puan Kalthom binti Abdul Rashid merupakan Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua sehingga 1 Februari 1984 apabila pada tarikh yang sama, En. Shafie bin Mohd Ariffin telah melapor diri sebagai Pengetua. Puan Kalthom pula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan.
     Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini (2013), tiga belas orang Pengetua telah ditugaskan di sekolah ini. Mereka terdiri daripada :

  • Pn. Kalthom binti Abd. Rashid
        : 9 Januari 1984 - 1 Februari 1984
  • En. Shafie bin Mohd Ariffin
        : 1 Februari 1984 - 1 Februari 1986
  • Pn. Kalthom binti Abd. Rashid
        : 1 Februari 1986 - 15 November 1987
  • En. Abu Massaut bin Shafiee
        : 16 November 1987 - 19 Mac 1991
  • Tn. Haji Ibrahim bin Jamil
        : 1 April 1991 - 15 Januari 1992
  • Tn. Haji Hamzah bin Yusof
        : 16 Januari 1992 - 16 Februari 1994
  • En. Abdul Mutalib bin Abdul Hamid
        : - 30.3.1998
  • En. Mohd Saaid bin Sulaiman
        : 1 April 1998 - 11 Disember 1998
  • Tn. Haji Ibrahim bin Ahmad
        : 12 Disember 1998 - 16 Julai 2001
  • Tn. Haji Razali bin Ismail
        : Julai 2001 - Jun 2005
  • Pn. Hajjah Ramlah binti Abdullah
        : Julai 2005 - Mac 2008
  • Tn. Haji Abdul Kefli bin Mat Sih
        : Mac 2008 - September 2009
  • Pn. Hajjah Siti Mariam binti Joned
        : September 2009 - Julai 2011
  • Pn. Hajjah Zabidah binti Hassim
        : Julai 2011 - Sekarang
     Setelah 28 tahun ditubuhkan, sekolah ini mengalami perubahan yang ketara dari segi kemudahan fizikal, pertambahan bilangan guru dan pelajar. Pelbagai kemajuan telah dicapai meskipun lokasinya jauh di pedalaman. Semoga dalam alaf baru ini Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.


Saturday, February 9, 2013

Ucapan

Yo wasappp..
nama saya MOHAMAD NAZHAN BIN MOHAMAD SHABERI
Kelas 2 Anggerik.

 
Electricity Lightning